SHAHZ BURGER - PERNIAGAAN MAKANAN SEGERA DALAM TALIAN
Selamat datang ke laman blog Shahz Burger, laman yang menyajikan kepada anda pengalaman membeli makanan segera hanya dari depan komputer. Berkonsep dalam talian untuk membuat pesanan makanan adalah konsep yang pertama sekali diwujudkan buat pelajar Politeknik Muadzam Shah dimana kesibukan menelaah pelajaran sedikit sebanyak menganggu jadual pemakanan anda. Akan tetapi dengan wujudnya Shahz Burger, anda kini mampu menikmati makanan yang dijamin keenakannya dan sampai didepan pintu bilik anda kurang daripada 30 minit sahaja.
Anda boleh nikmati lebih daripada 15 jenis burger yang kami sediakan. Daripada pilihan biasa sehingga ke luar biasa, kesemuannya anda boleh dapati disini dengan jaminan kesedapan berganda. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat pesanan tambahan untuk menu makanan yang bukan berasaskan burger beserta minuman berkarbonat.
HARGA BERPATUTAN, SIAPA YANG TAK NAK!!
Tanpa sebarang kompromi kami menawarkan perkhidmatan penyediaan makanan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Ini amat bersesuaian dengan bajet pelanggan kami yang rata-ratanya adalah pelajar, anda dapat menikmati makanan yang berkualiti tinggi dengan harga yang rendah.