Menu
items. ▼ View Cart

Mengenai Kami

Shahz Burger adalah kumpulan perniagaan yang mula ditubuhkan pada awal tahun 2014. Syarikat makanan segera ini diasaskan oleh Adlan Shah, Azmir Shah, Alif Haikal dan Syafik Mohamad yang masih lagi menuntut di Politeknik Muadzam Shah mengambil jurusan Teknologi Maklumat Pengaturcaraan. 

Asas penubuhan syarikat ini adalah bermula daripada perniagaan kecil-kecilan di kafetaria Politeknik Muadzam Shah sebelum menyedari tentang potensi perniagaan ini jika dikembangkan dengan medium jualan yang sedikit berlainan. Oleh itu berdasarkan pengalaman serba sedikit didalam perniagaan, Shahz Burger ditubuhkan bagi mewujudkan satu identiti kukuh didalam penjenamaan produk kami dan kaedah jualan baru mula diperkenalkan iaitu penggunaan internet sebagai medium jual beli.

Selain daripada itu, suntikan dana mula diberikan sebagai modal perniagaan bagi memperbesarkan sedikit perniagaan bagi memenuhi kehendak pasaran. Dana ini digunakan bagi mengukuhkan penguasaan pasaran Shahz Burger disekitar Politeknik sebelum dikembangkan disekitar Muadzam Shah.

Buat masa ini, Shahz Burger masih lagi satu jenama baru yang sedang meningkat naik. Pelan perangkaan sedang dijalankan, sasaran utama kami buat masa ini adalah menguasai pasaran Muadzam Shah dengan menjalankan promosi dengan lebih giat yang mengalakkan masyarakat sini untuk menggunakan perkhidmatan pesanan makanan secara dalam talian. Malahan caj perkhidmatan yang berpatutan juga akan dikenakan untuk setiap pesanan makanan. (Mungkin juga percuma)

Kami memudahkan mana yang sukar, pesanan kini boleh dilakukan sama ada melalui komputer mahupun telefon bimbit. Anda pesan , kemudian kami hantar dan itulah tujuan utama mengapa Shahz Burger ditubuhkan. Mahu cuba?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Shahz Burger
Laman ini direka olehAzmir Shah.